Popular Posts

Tuesday 29 March 2011

Kajian Tindakan KH

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.    TAJUK KAJIAN  
            “Jom Jahit” Menjahit mata jahitan asas bagi murid Tahun 5 di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

2.    NAMA PENYELIDIK DAN ALAMAT SEKOLAH
            Rosni Bt Md. Zin
       Sekolah Kebangsaan Baling, 09100 Baling, Kedah.

3.                  REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Masalah ini timbul setelah murid-murid yang diajar tidak memberikan penumpuan sepenuhnya semasa mempelajari tajuk ini. Tajuk jahitan bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5, merupakan satu tajuk yang agak sukar untuk diberikan penjelasan kepada murid-murid. Ini kerana mata jahitan yang ditunjukkan tidak dapat dilihat dengan jelas oleh murid-murid dan guru perlu menggunakan masa yang berlebihan untuk menjelaskan kepada murid-murid bagaimana untuk menjahit satu persatu mata jahitan.
Oleh itu guru perlu memainkan peranan sebagai pemudah cara untuk membantu murid-murid dengan mengkaji bagaimana untuk membantu murid-murid menyiapkan mata jahitan secara individu tetapi dalam pembelajaran koperatif atau berkumpulan.

4.      FOKUS KAJIAN
   Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Namun pada kali ini saya akan cuba menfokuskan kepada cara-cara menjahit dengan betul dan mengenali mata jahitan tersebut. Proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan lebih kepada amali atau kerja buat sendiri. Faktor penekanan kepada teori dikurangkan kerana murid-murid akan mudah jemu dan sedikit sebanyak akan mengikis minat untuk belajar. Satu inovasi yang diberi nama ”Kad Jahit” direka khas untuk membantu murid-murid menjahit dan melihat mata jahitan dengan lebih jelas. Pembelajaran secara kumpulan dipilih agar ahli kumpulan yang menguasai cara menjahit dengan betul dapat membantu ahli kumpulan yang lain dalam penghasilan bahan secara individu. Pembelajaran menggunakan ”Kad Jahit” ini berasaskan kepada pembelajaran Koperatif ”Student Team Achieved Division” (STAD).
    


5.      OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Am:
                                    Kajian ini bertujuan meningkatkan minat dan penumpuan murid-murid di dalam mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu bagi tajuk jahitan.

Objektif Khusus:
i.        Memulakan dan mengakhirkan jahitan dengan mata jahitan yang betul.
ii.      Menjahit mata jahitan asas.
iii.    Mengenalpasti nama bagi mata jahitan asas.

6.               KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 20 orang murid yang berada di kelas 5 Cemerlang. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga di Sekolah Kebangsaan Baling. Walaupun bilangan sebenar murid kelas tersebut ialah 38, namun pemilihan dipilih berdasarkan mereka yang tidak berkemahiran di dalam jahitan.  Ahli kumpulan kajian ini terdiri daripada 12 lelaki dan 8 orang perempuan.

                       

7.       PROSEDUR  KAJIAN
7.1             Tinjauan Awal                    
Dalam perlaksanaan program ini, masalah dikenalpasti melalui beberapa teknik iaitu :-
a.      Temubual
Temubual bersama murid dengan menanyakan beberapa soalan bagi mengenalpasti pengetahuan sedia ada, pengalaman dan minat mereka tentang apa yang akan dipelajari

b.      Pemerhatian
Pemerhatian dijalankan ke atas murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup iaitu bagi tajuk “Pengenalan Peralatan Jahitan” untuk mengenalpasti respon murid-murid terhadap tajuk tersebut.

c.      Ujian Pra
Ujian pra akan dijalankan bagi mengenalpasti sejauh mana tahap mereka menguasai pengetahuan tentang jahitan sebelum diaplikasikan kaedah “Kad Jahitan”





7.2       Cadangan Tindakan Intervensi
Aktiviti 1:  STAD (Student Team Achieved Division)
                                    Pengkaji memilih 4 orang murid yang mempunyai markah tertinggi sebagai ketua bagi setiap kumpulan. Ahli selebihnya merangkap sebagai ahli kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang ketua dan 4 orang ahli.
§         Gambar Mata Jahitan Asas
§         Kad Nama Mata Jahitan Asas
§         Lembaran Teka Kata

Aktiviti 2: Kad Jahit
              Pengkaji memberikan pendedahan mata jahitan asas dengan menggunakan kad jahit. Pendedahan ini diberikan kepada ketua di dalam setiap kumpulan. Sekiranya semua ahli kumpulan dapat menguasai kemahiran jahitan asas yang pertama, ketua kumpulan akan meneruskan dengan mempelajari mata jahitan seterusnya. Kad Jahit ini ditebuk dengan lubang secara tersusun dengan jarak yang sama. Dengan adanya lubang-lubang tersebut murid-murid dapat menjahit dengan mudah sebelum mereka mempraktikkan di atas fabrik yang sebenar. Kad Jahit diedarkan kepada setiap ahli di dalam setiap kumpulan. Ketua kumpulan yang bertindak dengan bijak supaya semua ahli dapat menghasilkan mata jahitan di atas sekeping kain.



Aktiviti 3: Hasilan Terbaik
Setiap hasilan yang terbaik akan dipamerkan supaya dapat memotivasikan murid-murid lain untuk proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Pengkaji akan menyediakan ganjaran kepada kumpulan yang berjaya.

7.3       Penilaian Tindakan Intervensi
                                    Penilaian tindakan diambil dengan melaksanakan ujian pos dan pemerhatian ke atas aktiviti menghasilkan artikel jahitan iaitu sub tajuk yang seterusnya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
BIL
AKTIVITI
TARIKH PELAKSANAAN
1
Menulis proposal
15/05/08
2
Menjalankan Tinjauan Awal
13/05/08
3
Merancang tindakan intervensi
10/06/08
4
Melaksanakan tindakan intervensi 1
17/06/08
5
Melaksanakan tindakan intervensi 2
24/06/08
6
Melaksanakan tindakan intervensi 3
01/07/08
7
Menjalankan Penilaian
08/07/08
8
Menganalisis keputusan penilaian
     15/07/08
9
Refleksi keseluruhan kajian
18/07/08
10
Menulis laporan kajian
      19/07/08







No comments:

Post a Comment