Untuk sujud menyembah Allah...
Firman Allah, maksudnya: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." Surah al-Bayyinah 5:98
Untuk aku sebagai khalifah di muka bumi ini....
Firman Allah, maksudnya:: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada yang dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.." Surah al-An'am 6:165
Untuk aku menyeru kebaikan, membanteras kejahatan.
Firman Allah, maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang yang berjaya." Surah Ali 'Imran 3:104
Allah tidak jadikan aku sia-sia...
Firman Allah, maksudnya: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akn dikembalikan kepada Kami?" Surah al- Mu'minun 23:115
Petikan Solusi (Isu 5)
No comments:
Post a Comment